Profil
5 tahun sebagai Pelabur, 3 tahun sebagai Perunding Hartanah.
Assalamualaikum, salam sejahtera.
Saya Fitri Azmi. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknikal Dan Vokasional daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Setelah tamat belajar, saya bekerja di sebuah Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu di Kajang, Selangor. Pada awal tahun permulaan kerjaya, saya sudah mula berjinak dengan dunia hartanah. Saya mulai sertai dan mengikuti kelas dan seminar pelaburan hartanah. Rumah pertama yang saya beli adalah sebuah Apartment di Kajang.
Bagi menambah lagi ilmu dan pengetahuan, dan untuk mendapatkan “deal” yang terbaik, saya menyertai sebuah agensi hartanah sebagai Ejen pada tahun 2021.
Selama hampir 3 tahun ni, banyak perkara yang saya pelajari dan pengalaman ni saya gunakan untuk bantu klien klien saya dalam urusan hartanah mereka,
Saya aktif membantu menyelesaikan masalah ramai pemilik hartanah dalam menjual dan menyewakan hartanah mereka seperti rumah, kedai dan tanah di sekitar Kuala Lumpur & Selangor, khususnya di Kajang, Bangi, Semenyih , Cheras dan sekitarnya.